
Dalam satu sudut lain, Cik Normah sokong sesiapa pun yang mementingkan pengajian kerana ia dilihat sebagai jaminan masa depan. Bukan maksud Cik Normah nak cakap bidang lakonan tak menjamin masa depan, tapi kalau ada pilihan lain, pergilah menuntut ilmu sejauh mungkin.
Lagi bagus jadi artis yang berilmu daripada artis yang hanya tahu berlagak atau bodoh sombong. Artis sekarang pun ada yang boleh hidup mewah dengan hasil titik peluh mereka. Fikirlah yang terbaik kerana pada akhirnya kita sendiri yang akan meneruskan kehidupan.
Buat Ummi, Cik Normah doakan semoga kamu akan sukses dalam pelajaran. Harapnya Ummi tak akan melupakan terus dunia lakonan. Sayang juga pada saat namanya sudah mencanak naik, Ummi membuat keputusan untuk sambung belajar. Tak salah pun keputusan itu. - Bharian
No comments:
Post a Comment