Tuesday, January 26, 2010

Terpaksa buat kerja gila - Fahrin sudah hilang sabar dengan perangai Linda

KUALA LUMPUR - "Dia menokok tambah kenyataannya. Dia pembohong. Kalau tak, saya tak akan buat kerja gila ini.''

Itulah reaksi pelakon dan pengacara kacak, Fahrin Ahmad, 31, terhadap bekas kekasihnya yang juga penyampai radio Suria FM, Linda Onn, 33.

Fahrin menegaskan bahawa kenyataan Linda yang mengatakan beliau seorang panas baran dan kaki pukul adalah fitnah dan ia perbuatan yang sudah melampaui batas.

Akibatnya, Fahrin memberi kata dua kepada Linda supaya membuat pengakuan terbuka untuk meminta maaf dalam tempoh seminggu bermula Jumaat lalu.

Linda bukan sahaja diminta menarik balik kenyataannya itu tetapi juga membuat surat aku janji dengan menyatakan beliau tidak lagi akan mengulangi perlakuan tersebut sambil membayar segala kos dan ganti rugi.

Jika ingkar, Fahrin menerusi peguamnya dari Tetuan Naufal & Co., Tengku Naufal Tengku Mansor yang turut hadir pada satu sidang akhbar di sini semalam, akan bertindak menyaman Linda. - Kosmo

No comments:

Post a Comment