Saturday, February 13, 2010

Air kencing Zarina Anjoulie positif ketamin

KUALA LUMPUR - Ujian saringan air kencing ke atas pelakon drama seram, Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul awal pagi semalam mengesahkan pelakon tersebut positif mengambil dadah ketamin.

Ketua Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sepang, Syaiful Asfar A. Rahman semasa mengesahkan perkara itu berkata, pelakon berusia 24 tahun itu telah dibebaskan dengan ikat jamin pada pukul 3 pagi semalam sementara menunggu laporan pengesahan daripada Jabatan Patologi.

Bagaimanapun ketika dihubungi wartawan Kosmo Ahad!, pelakon tersebut menafikan kenyataan pegawai AADK itu.

Beliau tetap mempertahankan dirinya tidak bersalah.

"Memang pada malam itu saya dan rakan telah ditahan kerana memandu kereta menggunakan cermin yang terlampau gelap.

"Disebabkan itu, kereta saya telah disyaki digunakan untuk mengedar dadah," jelasnya ketika dihubungi semalam tetapi enggan mengulas lanjut. - Kosmo

No comments:

Post a Comment